ABOUT LP LP
about


I was start blogging when I feels so lonely,because all of my friends never understand my feelings. They're just know comment about myself and my life. I don't have someone to story. So thats why I create blog.I used to think I was the strangest person in the world but then I thought there are so many people in the world, there must be someone just like me who feels bizarre and flawed in the same ways I do. I would imagine her, and imagine that she must be out there thinking of me too. Well, I hope that if you are out there and read this and know that, yes, it's true I'm here, and I'm just as strange as you.My name is Aina Zulaikha Binti Mohd Nor , call me Eyna




layout by sweet.m!sery
resources: xoxo
Iftar // Friday 18 July 2014
17:26
Assalamualaikum! Hari ni tak cerita sikit, 17.7.2014 hari tu aku keluar dengan cikgu-cikgu praktikal UPM. Cikgu Mujid a.k.a SUPERMAN Cikgu Fida a.k.a Pikachu dengan Cikgu Fatin a.k.a Hello Kitty.. Kita iftar sama-sama :D Seronok dengar cerita cikgu-cikgu tu.. Kat kedai makan tu asyik gelak-gelak je.. Sakit perut aku. Tapi itu memang kenangan yang takkan aku lupakannnnnnn~ Seriously!!! Lepas buke ingat nak pergi main bowling tapi sayang bowling tak bukak pulak.. Jadi kami jalan-jalan je laa.. Cikgu Fatin shopping la apa lagi.. Aku dengan cikgu Mujid ikut sahaja ke mana cikgu Fatin dengan Cikgu Fida pergi dalam kedai tu.. Seronok dapat kenal dengan mereka.. Tapi tak cukup orang.. Kalau ramai-ramai lagi best tapi semua daa jauh... HMMMMM :'( Takpe laa next time kita keluar lagi boleh dak cikgu-cikgu ku~ ???

Lepas ni request nak pergi JOGGING dengan diorang lak.. Sebab hari tu Cikgu Mujid ada tanya aku tempat jogging kat mana.. Aku cakap laa tempat yang aku tahu kat TTC je laa, tapi semalam Hazirah ada bagi idea kat aku pergi PUTRAJAYA belakang Mydin tuu~ Boleh gak Challenge Park kot tak silap laa.. Kat situ pun best gak... Heeeee :D 

Ustaz Zamri lak nak buat serangan kat rumah aku~ Nak serang chek konon~ Takpa takpa~ Chek ada pertahanan yang terbaik punya.. Meh meh kita bertempur! Hahahaahaha! Serang laa, aku bagi makan sudaaahh~ Tak payah nak gaduh-gaduh lagu kanak-kanak noe~ Chek terima kedatangan hangpa semua dengan hati yang terbuka~ *kenapa aku cakap loghat Kedah ni?* Confius chek~

Terima kasih Ya Allah yang pinjamkan rasa kegembiraan kepada aku walaupun sekejap tapi itu sudah memadai... Sekurang-kurangnya aku dapat rasa kegembiraan dengan mereka semua. Terima kasih dan ALHAMDULILLAH! Takde apa lagi yang aku nak membebel pepagi nii.. Hari bangun awal sangat pula that's why la I don't know nak buat apa~ :P 








SEKIAN SAJA ENTRY KALI NI~ SORRY KALAU AGAK SIKIT SEBAB TAK TAHU NAK CAKAP APA .. HUUUUU :* SAYANG MEREKA SEMUA :*


Al-fatihah buat Bro Afif // Saturday 12 July 2014
07:58
Assalamualaikum... 3 tahun Bro pergi.. Harap Bro tenang disana... Mungkin sepanjang perkenalan saya dengan Bro agak awkward hanya mesra dalam Facebook bile comment kat gambar-gambar yang di post oleh Bro... Bila saya baca balik comment2 tuu Yeee saya rasa sebak sangat sebab Bro banyak backup saya kalau kena buli kat comment tuu.. Terima kasih yee :D Kalau Bro ada kat sini lagi maknanya umur Bro daaa 22 tahun kan.. Terima kasih sebab sudi jadi Fasi saya dulu.. Terima kasih sebab ajar saya dulu.. Terima kasih kenakan kitaorang dlu.. Terima kasih sebab denda kitaorang dulu.. Terima kasih terima kasih dan terima kasih.. Sepi sangat.. Rindu nak bergelak tawa dengan Bro... Rindu sangat.. Teringat semua benda yang Bro ajar masa kat kem dulu.. Tepuk semangat kumpulan kita.. Siapa tak buat "bro taknak belanja" ayat tu sentiasa bermain difikiran saya.. Sesi BOOM MENGEBOOM kumpulan lain Bro yang paling excited sebab Bro kata "Kami boleh lakukan" "kita kasi BOOM yang paling POWER kat kumpulan lain" "Kita menang ada ganjarannya" Bro sentiasa bagi kami semua semangat...
 
Rasa macam baru semalam saya kenal dan jumpa dengan Bro... terlalu banyak bintang di langit, namun yang kelihatan hanya beberapa. kita tercari2 ratusan bintang yang lain, dan mengabaikan bintang yang setia kelihatan di mata. satu saat nanti, langitkan hitam menyembunyikan semua bintang. barulah kita sedar, malapnya malam.

pandanglah disekelilingmu, insan-insan yang setia menemani tiap saat, ketika dalam suka dalam duka. hargailah kehadiran mereka sementara takdir masa membenarkanmu bersama mereka. salam sayang, salam persahabatan… 

Bila tengok balik video yang dibuat khas untuk Bro.. Saya rasa sedih sangat.. Banyak gambar kenangan dalam tuu... Saya tiada ucapan untuk Bro.. Tapi saya ada hadiah khas untuk Bro....
AL FATIHAH... Semoga Tenang disana.. 

Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi Bro... Kehadiran dirimu sangat bermakna walaupun hanya sementara.... Bro dalam kenangan kami semua.............. 


Genius Is Talent Set On Fire By Courage // Saturday 28 June 2014
02:54
      Assalamualaikum. Holla! ^^ Rindu Motto tu. First time buat motto sendiri ;) 
       GENIUS IS TALENT SET ON FIRE BY COURAGE 
motto tu sekarang ni digunakan oleh kelas 4C Hari tuu sebelum get out dari kelas tu nak cat balik tapi semua macam malas je so kami biar je laa.. Ingat nak tulis balik Motto tu kat kelas sekarang tapi budak-budak keceriaan kan rajin.. Diorang kata nak yang Bahasa Arab punya tapi sampai sekarang takde pun.. Bersabar je laaaa..  Rindu nak jadi form 1 balik.. Masa form 1 asyik laa kelas 1 Bestari menang tapi naik form 2 dengan form 3 Tak menang daaa.. Kasihan bukan? Semuanya bila budak keceriaan dalam kelas daa bertukar.. Terus tak menang daaa,.. Lawak jee.. Tapi serious memang aku rindu nak balik semula jadi budak form 1. Tapi tak nak balik semula masa aku gaduh dengan Adib.. Puas daa bergaduh dengan diorang maybe dalam 4-6 month kot gaduh ngn diorang.. Hope sangat tahun nii tak gaduh dengan dia daaa.. Sunyi hidup aku nanti weyhh! Dia je yang selalu kacau aku dengan Hazirah.. Sekarang ni aku dah suka flashback balik kenangan masa form 1 dengan form 2. Serious weyh seronok jadi budak-budak yang tak reti duk diam.. Hahahaha! 
      Aku pun tak tahu enrty ni pasal apa sebenarnya.. Aku type je apa yang aku rasa aku nak type :P Sorry laa kalau merapu merepek dalam nii.. 

Gotong-royong Kelas















Rajin tak kami dulu? Rajin kan.. Sekarang semua daa jadi pemalas. Hahahahaha ^^ RINDU masa nii! Nak jadi form 1 balik.. Hmmmmm hmmmmm hmmmmmmm ;( And one more thing! Faiz aku ada gambar comel kau.. Hahahahahaah! Sorry faiz gambar tuu still ada dalam album aku.. Nak simpan buat kenangan yee :P Sorry :P 


DUNIA TANPA KEBOSANAN II // Thursday 26 June 2014
23:18

Assalamualaikum.. Mungkin entry yang sebelum ni aku dah cerita sikit tentang "Dunia Tanpa Kebosanan" ni kan.. So kali ni aku nak kembangkan lagi point yang aku bagi sebelum nii. Point yang aku bagi kat dalam entry tu " Individu tak berani untuk melakukan sesuatu yang baru" kan? So meh aku perluaskan lagi point tuu.. Dah 2 kali da cakap Heee..Okay. Bile seseorang tak berani nak buat sesuatu yang baru dalam diri dia, dia akn rasa takut.
   Macam ada seorang kawan aku ni, nama dia Biarlah Rahsia. Dia ni tak pernah masak, pernah masuk dapur tapi tengok mak dia buat kerja je. Nak dijadikan cerita, 1 hari tu mak dia takde kat rumah, keluar kemana tak tahu la suka hati mak dia la kan. Yang kawan aku ni dia rasa lapar sesangat. Jadi, dia pun nak laa makan tapi mak dia keluar without masak apa-apa and dalam freezer pun tak de apa hanya ada telur, Jadi, dia amik keputusan nak goreng la telur tu. Dia dengan excited nya panaskan kuali pastuh masukkan minyak. Ye laa excited nak masak for the first time kan.. Kalau aku masak telur, aku biasa guna planta sebab tak suka guna minyak sebab berminyak.. Hahaha.. Ok back to story.. Lepas dia panaskan minyak tuu, dia pecahkan la telur pastuh terus je dia campak telur tu dalam kuali tanpa perlahankan api dan kuantiti minyak dalam kuali tuu banyak la jugak.. So apa yang berlaku, percikan minyak yang sangat dahsyat sampai mencederakan dia.. Daripada peperangan minyak dengan telur tuu dia telah dicedarakan di pipi sebelah kanan dia.. Sejak hari tu, dia tak berani lagi nak masak apa-apa daa.. Tapi hari tu dia kesian kat mak dia, dia pun nak tolong mak dia masak. Dia pun apalagi naik atas, masuk bilik,dan keluar dengan bersweater tebal (hud) glove, pashmina kakak dia pun dia rembat and last one kuali lain untuk cover muka dia. Haaaa! Gitu la cara kawan aku masak. Sampai la sekarang.. Tapi setakut-takut dia pun dia still ada keberanian nak masak kan.. So kawan! I'm so proud to be your friend ;) Dia cabar diri dia kan untuk masak jugak walaupun takut berperang lagi. Tapi cara dia memang macam nak pergi berperang.
   Nampak tak keberanian dia tuu.. So korang nampak kan point dia, aku dah kembangkan dengan cerita pengalaman kawan aku masak versi perang. Kalau korang buat something new dalam hidup korang serious aku kata perasaan bosan takkan pernah wujud. Tapi kalau korang asyik buat benda yang sama dan berulang kali buat benda yang sama korang akan rasa bosan sebab macam dah biasa dalam hidup korang. 
  Pengaruh rakan pun ada jugak pentingnya.. Kenapa??? Urmmm....... Sebab............... Kalau korang ada yang suka buat aktiviti lasak or adventure dan benda tu pulak korang mmg tak pernah buat. Bile dia cabar korang, korang mesti laa nak tunjuk yang korang ni POWER kan? So korang akan rasa korang nak cube jugak bile dia kata 'apa lah kau nii ' 'Penakut laa kau ni' Rasa tercabar bukan? Jadi buktikan laa yang korang sebenarnya better than them.. Walaupun korang takut nak buat tapi dah dicabar kan takkan tak nak buat nanti malu jeee.. Dan nak terima cabaran tu pulak mesti la logik jangan laa tak logik.. Kang tak pasal-pasal mencederakan diri sendiri.. Payah jee. Okay point tu aku dah kembangkan daa.. Berhenti dlu nantikan sambungannya yee ;) 
   


Ramadhan! //
10:02
Assalamualaikum! RAMADHAN Lagi beberapa hari je lagi dah nak puasa kan kan kan. So you guys dah ready belum? Haaa! nak cakap ni, before fasting better you guys minta maaf daripada semua orang ye, supaya puasa kita lebih berkat. Itu apa yang aku dengar dari ceramah ustaz-ustaz yang kat TV. Setiap pagi aku dengar. Jadi korang yang diluar tu sudah-sudah laa buat hati orang sakit yee.. Better stop ye adik-adik, akak-akak, abang-abang. 
Haaa! Lagi satu jangan puasa je tapi solat entah kemana. Solat dan Puasa itukan rukun ISLAM. Kalau tak buat dosa tau. Sedarlaa kehidupan kita hanya sekali ini je... Jangan la buat perkara yang sia-sia dalam hidup kita. Kita hidup di dunia ni dengan izin Allah.. Kalau tak kita takkan hidup. Percaya laa.. Harap-harap kita boleh berjumpa dengan Ramadhan tahun ni ye :D InsyaAllah berdoa laa pada Allah ye :D Tetapkan dalam hati kita semua "Kita hidup untuk mencari keredhaan Allah" Kalau kita berjaya macam mana pun tapi tak dapat keredhaan daripada Allah pun tak guna jugak. Sia-sia jee betul tak? Hahahaha! First time bagi ceramah pukul 1.00 pagi gini.. Hahaha! Takpe2 kita perlu cuba perkara baru dalam hidup kita kan.. Supaya kita boleh tahu kelemahan diri kita sendiri.. Kalau kita takut nak cuba.. Sampai bile-bile pun kita tak tahu kelemahan diri kita. 
Semua perkara yang baru terjadi dalam hidup aku semuanya disebabkan cikgu-cikgu praktikal aku. Diorang bagi macam-macam nasihat kat aku supaya aku terus MOVE ON dan jangan DOWN lagi.. Terima kasih banyak-banyak... InsyaAllah aku akan ingat semua nasihat mereka... Semoga aku dapat berjumpa dengan RAMADHAN tahun ini bersama keluarga tersayang dan rakan seperjuangan ku. InsyaAllah :D 
Berbuka puasa dengan keluarga tersayang la perkara yang paling gembira untuk aku sebab kami jarang dapat makan sama-sama sebab semua orang balik lambat dan kadang-kadang tu aku makan dlu sebab nak study lagi, nak iron baju lagi, nak buat homework lagi.. So bile ayah balik, aku pun daa tidur kadang-kadang tu.. Hmmm So I hope kami semua dapat makan sama-sama :D :D :D :D :D:D
WELCOME RAMADHAN :D



DUNIA TANPA KEBOSANAN?? //
09:29
Assalamualaikum! Wadup? Ok first let me explain.. Ini task daripada Cikgu Mujid.. Hari tu dia bagi aku task yang pertama.. Describe himself dari dulu sampai sekarang... And right now Task yang kedua buat ala-ala essasy yang bertajuk "DUNIA TANPA KEBOSANAN" dia bagi masa kat aku seminggu untuk siapkan tapi hari tu ada sedikit problems yang buat aku hilang fokus dan lupa about this task.. So hari ni laa aku baru buat task nyaa.. Heee sorry Cikgu Mujid lambat hantar homework :D 

   Pada pendapat saya, perkataan bosan itu datangnya dari seorang individu yang tidak ada perkara atau aktiviti yang hendak dia lakukan. Bosan boleh dibuang dari kamus hidup masing-masing dengan melakukan aktiviti yang diminati oleh seseorang individu. 
  Individu yang mengalami perasaan bosan ini kemungkinan individu sering melakukan aktiviti harian yang sama atau individu tidak berani untuk melakukan aktiviti yang baru. Individu perlu cuba untuk membuang perasaan bosan itu dengan pelbagai cara. 
  Antara cara untuk membuang perasaan bosan itu adalah, Individu boleh melakukan aktiviti yang mencabar diri individu. Selain itu, individu juga boleh melakukan aktiviti riadah bersama kawan-kawan, ataupun keluarga.Individu juga boleh melakukan aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku, ia boleh memberi ilmu dan meluaskan pemikiran individu. 
  Aktiviti yang dapat menarik minat individu boleh membuang perasaan bosan dalam diri seseorang. Individu perlulah ada keberanian untuk melakukan sesuatu yang baru dalam hidup kita. Perasaan bosan juga tidak akan wujud jika seseorang boleh dan mampu melakukan sesuatu yang baru. 

That's all! Heee... Ini bukan karangan macam yang korang belajar yee. Ini hanya karangan pendek yang mengarut. Hahahah! I don't have any idea anymore! Stuck! Stuck! Maaf yee Cikgu Mujid. :D :D :D 
Selamat Menyambut Puasa kepada semua Guru2 Praktikal ku :D Maafkan saya kalau saya ada buat salah kat cikgu2 semua. Saya hanya manusia biasa yang sering melakukan kesalahan.. Maafkan saya yee :D :* 
Terima kasih untuk segala-galanya :D :D :D 


PARA-PARA DANCE // Monday 16 June 2014
08:33
Assalamualaikum! Aku rindu semua yang pernah aku lalui dengan mereka.... PARA-PARA DANCE dalam kenangankuuu~ Mana datangnya benda alah tuu nak tahu?? Haaaa! DARIPADA CIKGU MUJID Dia laa yang ajar aku dengan geng Pengawas aku~ Masa tuu ada kem pengawas kat sekolah.. Fikir kem kat sekolah bosan.. Tapi seriously THE BEST! Rasa happy sangat. Masa malam before BBQ laaa.. Pastuh esoknya Cikgu-cikgu Praktikal dah balik so agak bosan laa.. Malam tuu mmg release segala TENSION yang ada.. Hahaha! Terima kasih Cikgu Mujid banyak betul cikgu ajar kami kan.. Sampai tak tahu nak flashback yang mana satu nii.. Hari tu cikgu bagi task kat aku.. Dia suruh aku describe diri dia lagu mana dari first time jumpa sampai la ni.. So aku pun mengarutla kat situ.. Saja nak membodek aku tulis "First time jumpe cikgu, saya rasa saya jumpe "Prince Yang Turun Dari Kayangan"  haaaa! Gempak kan? Aku ada prince.. Hahaha! Takde laa tapi mmg Cikgu Mujid nii jenis dia mmg baik.. Siapa yang rapat dengan dia mmg akan rasa HAPPY gile!! Kadang-kadang tuu saje je kacau dia kat Bilik Guru tapi AKU BUKAN MENGGATAL KAY! Aku student jee.. I know who I am! Memang seronok kalau kita kenal orang yang sekepala dengan kita.. Ok jangan fikir kepala aku bercantum pulak. Maksud aku.. Fikiran kita orang sama laa.. Tapi sama ke? Hahaha! Dunno laa! Hahaha! Lebih kurang kot~ Hahahaha! Banyak tau gelaran ataupun Nickname yang boleh bagi kat Cikgu Mujid nii.. Mula2 Prince, pastuh mak aku panggil dia Peter Parker haaa! Kenalkan? Alaaa yang spiderman tuu yang swing sana swing sini.. Pastuh bile aku bagi tahu Cikgu Mujid mak aku panggil dia Peter Parker, Cikgu Mujid gelak.. Hahaha! Dia kata dia tuu Clark Kent kenal? Alaa yang berlakon cerita Superman tuu.. Hahahaha! Sekali pilih SUPERMAN pulak.. Hahahaha! Nak tahu sebab apa? Sebab dia suke dapat terbang tinggi-tinggi.. Hahaha. pelik-pelik je Cikgu Mujid nii.. Tapi sokay sokay cek paham~ Hahaha!!! Best apa kalau dapat terbang tinggi-tinggi kan.. Dapat lihat keindahan Alam yang ALLAH cipta nii.. Seronok sangat.. Hari tuu Cikgu Mujid ada bagi lagu kat aku.. Hohohohohohohoho! Comel je lagu diaa.. MALAYSIA CHABOR sebab masa tuu ada mood aku kurang baik.. Heeeee lepas dengar lagu tuu ok la sikit.. Tapi jangan salah anggap sudaa laaa.. Bukan sebab lagu tuu daripada Cikgu Mujid. daa lagu tuu mmg comel sangat.. Bile aku jalan kat tempat yang kitaorang buat MURAL hari tuu, rasa nak nangis pun adaaa hanya itu je kenangan yang ada dekat sekolah tuu.. Tertulisnya nama Cikgu Mujid disitu... Heeee...
       Apapun terima kasih cikgu untuk semuanya.. Jadi pendengar yang setia.. Hohohohohoho.. Touch sangat! Hehehehe.. Cikgu tahu kan rumah saya.. Jangan tak datang sudaa laaa.. Tak pernah tahu pulak cikgu pernah datang sini.. Tengok padang katanya.. Macam YB pulak.. Hahahaha! Nnt nak buat SKY DIVING bagi tahu saya.. Hahahaha! Ulu Yam nnt kita pergi ramai2 baru best! Hahahaha! Kita buat aski terjun tinggi yang cikgu cakap tuu.. Hahahaha. Pastuh lemas... Hahahahaha! Bulan 8 datang okay!
SEMANGAT RUMAH MERAH nii~ Hohohohohohohoho! Balas dendam laa apa lagi! Hahahahaahaha! Pastuh selfie banyak-banyak.. Hahahaha! Amacam? Nak tak? Hahahaha! Sekali lagi THANK YOU FOR EVERYTHING! Saya hanya mampu katakan itu jee.. Macam-macam ayat motivasi Cikgu bagi kat saya.. Walaupun cikgu tak pernah ajar saya dalam kelas, dan tak berapa nak kenal saya.. Tapi cikgu baik dengan saya, ajar saya Math, lepak dengan saya.. Heeeeee.. Harap boleh jumpe lagi ;) Terima kasih.. Saya dah penat membebel.. Errrr =,= Membebel? Rasanya menaip kan? Hahaha.. apa2 je laaa.. You're the best! Prince turun dari kayangan :P  TQ XOXO :D

                                                      CIKGU MUJI