about
I was start blogging when I feels so lonely,because all of my friends never understand my feelings. They're just know comment about myself and my life. I don't have someone to story. So thats why I create blog.I used to think I was the strangest person in the world but then I thought there are so many people in the world, there must be someone just like me who feels bizarre and flawed in the same ways I do. I would imagine her, and imagine that she must be out there thinking of me too. Well, I hope that if you are out there and read this and know that, yes, it's true I'm here, and I'm just as strange as you.My name is Aina Zulaikha Binti Mohd Nor , call me Eyna
DUNIA TANPA KEBOSANAN II // Thursday, 26 June 2014
|
|
Assalamualaikum.. Mungkin entry yang sebelum ni aku dah cerita sikit tentang "Dunia Tanpa Kebosanan" ni kan.. So kali ni aku nak kembangkan lagi point yang aku bagi sebelum nii. Point yang aku bagi kat dalam entry tu " Individu tak berani untuk melakukan sesuatu yang baru" kan? So meh aku perluaskan lagi point tuu.. Dah 2 kali da cakap Heee..Okay. Bile seseorang tak berani nak buat sesuatu yang baru dalam diri dia, dia akn rasa takut.
Macam ada seorang kawan aku ni, nama dia Biarlah Rahsia. Dia ni tak pernah masak, pernah masuk dapur tapi tengok mak dia buat kerja je. Nak dijadikan cerita, 1 hari tu mak dia takde kat rumah, keluar kemana tak tahu la suka hati mak dia la kan. Yang kawan aku ni dia rasa lapar sesangat. Jadi, dia pun nak laa makan tapi mak dia keluar without masak apa-apa and dalam freezer pun tak de apa hanya ada telur, Jadi, dia amik keputusan nak goreng la telur tu. Dia dengan excited nya panaskan kuali pastuh masukkan minyak. Ye laa excited nak masak for the first time kan.. Kalau aku masak telur, aku biasa guna planta sebab tak suka guna minyak sebab berminyak.. Hahaha.. Ok back to story.. Lepas dia panaskan minyak tuu, dia pecahkan la telur pastuh terus je dia campak telur tu dalam kuali tanpa perlahankan api dan kuantiti minyak dalam kuali tuu banyak la jugak.. So apa yang berlaku, percikan minyak yang sangat dahsyat sampai mencederakan dia.. Daripada peperangan minyak dengan telur tuu dia telah dicedarakan di pipi sebelah kanan dia.. Sejak hari tu, dia tak berani lagi nak masak apa-apa daa.. Tapi hari tu dia kesian kat mak dia, dia pun nak tolong mak dia masak. Dia pun apalagi naik atas, masuk bilik,dan keluar dengan bersweater tebal (hud) glove, pashmina kakak dia pun dia rembat and last one kuali lain untuk cover muka dia. Haaaa! Gitu la cara kawan aku masak. Sampai la sekarang.. Tapi setakut-takut dia pun dia still ada keberanian nak masak kan.. So kawan! I'm so proud to be your friend ;) Dia cabar diri dia kan untuk masak jugak walaupun takut berperang lagi. Tapi cara dia memang macam nak pergi berperang.
Nampak tak keberanian dia tuu.. So korang nampak kan point dia, aku dah kembangkan dengan cerita pengalaman kawan aku masak versi perang. Kalau korang buat something new dalam hidup korang serious aku kata perasaan bosan takkan pernah wujud. Tapi kalau korang asyik buat benda yang sama dan berulang kali buat benda yang sama korang akan rasa bosan sebab macam dah biasa dalam hidup korang.
Pengaruh rakan pun ada jugak pentingnya.. Kenapa??? Urmmm....... Sebab............... Kalau korang ada yang suka buat aktiviti lasak or adventure dan benda tu pulak korang mmg tak pernah buat. Bile dia cabar korang, korang mesti laa nak tunjuk yang korang ni POWER kan? So korang akan rasa korang nak cube jugak bile dia kata 'apa lah kau nii ' 'Penakut laa kau ni' Rasa tercabar bukan? Jadi buktikan laa yang korang sebenarnya better than them.. Walaupun korang takut nak buat tapi dah dicabar kan takkan tak nak buat nanti malu jeee.. Dan nak terima cabaran tu pulak mesti la logik jangan laa tak logik.. Kang tak pasal-pasal mencederakan diri sendiri.. Payah jee. Okay point tu aku dah kembangkan daa.. Berhenti dlu nantikan sambungannya yee ;)
|