Iftar // Friday, 18 July 2014
|
17:26 |
Assalamualaikum! Hari ni tak cerita sikit, 17.7.2014 hari tu aku keluar dengan cikgu-cikgu praktikal UPM. Cikgu Mujid a.k.a SUPERMAN Cikgu Fida a.k.a Pikachu dengan Cikgu Fatin a.k.a Hello Kitty.. Kita iftar sama-sama :D Seronok dengar cerita cikgu-cikgu tu.. Kat kedai makan tu asyik gelak-gelak je.. Sakit perut aku. Tapi itu memang kenangan yang takkan aku lupakannnnnnn~ Seriously!!! Lepas buke ingat nak pergi main bowling tapi sayang bowling tak bukak pulak.. Jadi kami jalan-jalan je laa.. Cikgu Fatin shopping la apa lagi.. Aku dengan cikgu Mujid ikut sahaja ke mana cikgu Fatin dengan Cikgu Fida pergi dalam kedai tu.. Seronok dapat kenal dengan mereka.. Tapi tak cukup orang.. Kalau ramai-ramai lagi best tapi semua daa jauh... HMMMMM :'( Takpe laa next time kita keluar lagi boleh dak cikgu-cikgu ku~ ???
Lepas ni request nak pergi JOGGING dengan diorang lak.. Sebab hari tu Cikgu Mujid ada tanya aku tempat jogging kat mana.. Aku cakap laa tempat yang aku tahu kat TTC je laa, tapi semalam Hazirah ada bagi idea kat aku pergi PUTRAJAYA belakang Mydin tuu~ Boleh gak Challenge Park kot tak silap laa.. Kat situ pun best gak... Heeeee :D
Ustaz Zamri lak nak buat serangan kat rumah aku~ Nak serang chek konon~ Takpa takpa~ Chek ada pertahanan yang terbaik punya.. Meh meh kita bertempur! Hahahaahaha! Serang laa, aku bagi makan sudaaahh~ Tak payah nak gaduh-gaduh lagu kanak-kanak noe~ Chek terima kedatangan hangpa semua dengan hati yang terbuka~ *kenapa aku cakap loghat Kedah ni?* Confius chek~
Terima kasih Ya Allah yang pinjamkan rasa kegembiraan kepada aku walaupun sekejap tapi itu sudah memadai... Sekurang-kurangnya aku dapat rasa kegembiraan dengan mereka semua. Terima kasih dan ALHAMDULILLAH! Takde apa lagi yang aku nak membebel pepagi nii.. Hari bangun awal sangat pula that's why la I don't know nak buat apa~ :P
SEKIAN SAJA ENTRY KALI NI~ SORRY KALAU AGAK SIKIT SEBAB TAK TAHU NAK CAKAP APA .. HUUUUU :* SAYANG MEREKA SEMUA :*
|








Older entries